IKLIM / 1991 / Suci Dalam Debu



MUKA 1:


1* SUCI DALAM DEBU (4:44)
Wan Zul / s. Amin Shahab


ENGKAU BAGAI AIR YANG JERNIH
DI DALAM BERKAS YANG BERDEBU
ZAHIRNYA KOTORAN ITU TERLIHAT
KESUCIAN TERLINDUNG JUA

CINTA BUKAN HANYA DI MATA
CINTA HADIR DI DALAM JIWA
BIARLAH SALAH DI MATA MEREKA
BIAR PERBEZAAN TERLIHAT ANTARA KITA

KUHARAPKAN KAU KAN TERIMA
WALAU DIPANDANG HINA
NAMUN HAKIKAT CINTA KITA
KITA YANG RASA

SUATU HARI NANTI PASTI KAN BERCAHAYA
PINTU AKAN TERBUKA KITA LANGKAH BERSAMA
DI SITU KITA LIHAT BERSINARLAH HAKIKAT
DEBU JADI PERMATA HINA JADI MULIA

BUKAN HAYALAN YANG AKU BERIKAN
TAPI KEYAKINAN YANG NYATA
KERANA CINTA LAUTAN BERAPI
PASTI AKAN KURENANG JUA



2* AMMA-RAH  (6:00)
Mohalim / Usop


MASIH ADA BERHALA
DIDALAM JIWAMU ITU
BELUM KAU MUSNAHKAN
TELAHPUN MEMBATU KINI
AMMARAH MENGUASAIMU
TERHUNJAM KEBUMI

AMM-ARAH
AMM-ARAH
MENYESAT
KAN KAU
AMM-ARAH
PERACUN KALBU
OH .OH ..OH ..

AMM-ARAH KEMBAR SI HAWA
BERHALA MANUSIA DUNIA
KAU BAWA HAWA KESOMBONGAN
HALA ARAH KEPALSUAN
KAU BAWA RIAK MEGAHMU
MENUJU PUNCAK YANG KABUR
AMM-ARAH TERKULAI KAU KINI
DIDALAM SESAK NAFASMU



3* HAKIKAT SEBUAH CINTA  (4:22)
Azam / Zur'ain


AKU ADALAH
INSAN YANG TAK PUNYA
CUMA RASA CINTA MEMBARA
LALU TERCIPTA RINDUKU PADANYA
KERANA CINTA BAHAGIA

PUJANGGA MENYATAKAN
OH CINTA BERHARGA
DARI EMAS DAN PERMATA
LALU KU BAWA CINTA
DI PERSADA JIWA
SINAR MENYULUH GELITA

SEWAKTU DEBAR CINTAMU
TERASA MELANDA
BANGKIT RINDUKU PADAMU
DI KETIKA ITU
LALU TERSENTAK DIRIKU
SEDARI LAMUNAN
KINI SEBENARNYA AKU
TELAH KAU TINGGALKAN

AKU ADALAH
INSAN YANG TAK PUNYA
KILAUAN EMAS PERMATA
LALU KUCUBA MENABURI CINTA
BAGIMU TIADA NILAINYA
TIADA HARTA DAN CINTA


4* IMPIAN HIDUP  (3:44)
Umarul / Umarul


MUSNAHKAN LAH SEGALA DURI
HARAPAN KEMERCU SANA
DEMI MENDAKI IMPIAN NYATA
DIRANCANG DAN DI TAKDIRKAN

SEGALA KEPERITAN INI
KITA TEMPUHI BERSAMA
KELUHURAN HATI NURANI
BERSEMADI DI JIWA

KEMANAKAH HALUAN INI
KEDAMAIAN DI JIWA
KEJUJURAN KEIKHLASAN
BUDI PEKERTI MULIA

PENGORBANAN DIRI INI
TIADA BATASAN MENGAKHIRI
KEJAYAAN YANG KITA LALUI
MARILAH KITA HARUNGI



5* KEGELAPAN DUNIA  (5:20)
Umarul / Umarul


KETIKA MALAM MENJELMA
BERTEMAN BULAN DAN BINTANG
DALAM KEGELAPAN INI
ADAKAH INSAN MENERANGI

ALAM MAYA BERPANCAROBA
KIRA ESOK SETIA MENANTI

DALAM KEHIDUPAN
GELAP DAN GELITA
DALAM KEHIDUPAN
SERIBU IMPIAN

KUTEMPOH HARI ESOK
KULUKIS SEBUAH KEHIDUPAN
WALAU TIADA KULIHAT
WALAU HARAPAN MENGGUNUNG
NIKMATILAH

DALAM KEGELAPAN INI
KUTETAP SETIA MENANTI
DALAM MENITI HARI
KUTABAH SEGALANYA


MUKA 2:


6* BUJANG KOTA  (4:30)
MohalIm / Siso


KEMANA KAH TUJUANMU
HAI BUJANG KOTA
KAU MELANGKAH TAK MENENTU
SETIAP MASA
JAKET USANG DIBAHU MU
POKET KOSONG PENUH DEBU

TERBINA KAH SEJARAH MU
HAI BUJANG KOTA
JIKA HANYA KAU MENIRU
BUDAYA LUKA
ANGIN DESA KAU TINGGALKAN
RIBUT KOTA KAU SANGGAH KAN

JANGAN TERUS TERLENA
DALAM KOTA FANTASI
HINGGA TERLUPA WAJAH
YANG SENDIRI YANG SENDIRI

RENUNG RENUNG HAI TEMAN
KATA GURAUKU INI
DALAM SENANDUNG LAGU
BUJANG KOTA BUJANG KOTA

BIAR HIDUP MERDEKA
DARI TERUS TERJAJAH
DALAM BUDAYA KELABU ..
OH.. OH




7* SANDIWARA CINTA SEMUSIM  (5:48)
Syed Amran / Wan Zul


BILA DEBUNGA CINTA
GUGUR LAYU TERKULAI
SEPI MENYELUBUNGI
HATIKU YANG KINI MELARA
PUDAR BERSAMA MASA
CINTA SEMUSIM KITA
YANG TAK BISA
BERTAUT KEMBALI

TELAH AKU MENDUGA
TIADA INDAH MEWANGI
HANYA BERSANDING DIKAU
BERPURA CINTA DAN BERBUDI
BUKAN MEMBALAS CINTA
YANG LAHIR DARI HATI
MU YANG SUCI
CINTA YANG ABADI

OH TAK KU MENDUGA MENGAPA
BISA TERJADI SEBEGINI
KU FIKIR SELAMA-LAMANYA
INI CINTA KITA HATI KE HATI
DIMANA JANJIMU KATAMU
AKULAH MILIKMU ABADI
OH TAK MINGKIN INI HANYALAH
SEMATA-MATA SANDIWARA

JIKA ITU KEHENDAKMU
MUNGKIN NANTI
SATU WAKTU
KAU KAN KESAL
HINGGA KE AKHIR HAYATMU




8* INSAN MAYA  (4:22)
Mohalim / Mohalim


KEMANAKAH ARAH KAU MENCARI
KE ARAH TIMUR ATAU KE BARAT
APAKAH MASIH BUTA
HIDUP TANPA HALUAN
DUNIA PENUH MISTERI
DARI IBLIS DURJANA

MENGAPA MEROSAK DIRI SENDIRI
HINGGA LUPA PADA HUKUM ILLAHI
APA KAU TAK KESALI
APA YANG TERJADI
HIDUP HANYA SEKALI
TETAP AKAN MATI

SEDARLAH SEMUA INSAN
KITA DICIPTAKAN TUHAN BERKUASA
SEDARLAH SEMUA INSAN DUNIA
JAUHKAN DIRI KESESATAN DIKEJI


9* SERIBU PENGHARGAAN  (5:08)
Umarul / Umarul


DINGINAN SANG BAYU
MENGHEMBUS LONGLAI
MENYEMAI RASA
DI SANUBARIKU

TIADA KU SANGKA
ATAU LAMUNAN
YANG MENGGANGGUI
ATAU HANYA MIMPI

WALAU TAK KU DUGA
WALAU SEDERHANA
NAMUN KAU HULURKAN BUDIMU

PENGHARGAAN INI
AKAN KU KENANGI
DI SEPANJANG HAYATKU

KIRANYA KAU MASIH MENGINGATI
SERIBU PENGHARGAAN
KIRANYA KAU MENYELAMI PERASAANKU
SERIBU PENGHARGAAN

PADA ANGIN LALU
AKU BERTANYA
APA KEKURANGAN
ATAU DI PUNCAK JAYA

BAGAI HIDUP INI
DILAMBUNG OMBAK
DI LAUTAN LUAS
UNTUK KE SEBERANG



10* SATU KESAN ABADI
Nasha Kevin / Fawzy Amin


JALAN TERANG LUAS MENANTI AKU
DENGAN DENDANG IRAMA HIDUP BARU
DIBELAI CINTAMU

HILANG DENDAM LENYAP IA SENDIRI
DATANG TENANG MAKIN AKU HAYATI
MAKIN LAPANG DADAKU KU RASA SENTOSA

SENDIRI MEMINTA DICANTUM PADANYA
TAK GELISAH LARA
CERITA YANG PUNAH BIARPUN MERONTA
TIDAK MENJADI NGERI

KU YAKIN DISANA GELAP YANG TIADA
KESAN SATU CINTA
TERPANCAR CAHAYA JELAS SEGALANYA
HANYA SINARMU YANG MAMPU
MEMBERI CINTA ITU

DENGAN AMAN SENYUMLAH SEPUASNYA
JAUH BERBEZA BAGAI YANG DIRASAKAN
RASA YANG DISINI
ITU SATU RAHSIA HANYA TERSENDIRI
ITU SATU IRINGAN NYAYIAN MIMPI



P & C 1990 PUSTAKA MUZIK SCS SDN BHD


TRACKLIST IKLIM SUCI DALAM DEBU 1991


 PENERBIT : WAN ZUL
SUSUSNAN MUZIK : IKLIM
STUDIO RAKAMAN : KING STUDIO, SCAT'S
JURURAKAM : ZAIRI
JURUADUN : PETER, ZAIRI & WAYNE
REKABENTUK SAMPUL : KERVIN CHANG
URUSAN PROMOSI : RAHMAH MOKHTAR, YATIE KAMSAN & NASHA RAMLY
URUSAN PENERBITAN : SIM & CAHANG




IKLIM:

MOHALIM : BASS
UMARUL (DOR) : GITAR
SALEEM : VOCAL
KAMA : DRUM
HUZALI : KEYBOARDS
PENGURUS IKLIM : SHEIKH AHMAD MARZUKI (SAM)


Album Pertama IKLIM - Suci Daam Debu , Di Malaysia beredar dengan label IKLIM - Satu Kesan Abadi (1990) 

Tidak ada komentar:

Posting Komentar