IKLIM / 1996 / SALAM PERPISAHAN



1. SUNGGUH

SUNGGUH MUDAH  KATA SAYANG TERUCAP DARI MULUTMU
SUNGGUH LEMBUT  LIDAHMU MENYEBUT BERULANG KALI
TAK MENYANGKA  DENGAN SIAPA SAJA ENGKAU MENYAPA
TANPA KAU MERASA  SEGAN MALU PADAKU

MENGAPAKAH  TERLALU MUDAHNYA UCAPAN SAYANGMU
SEPERTINYA  TIADA BERARTI UCAPANMU ITU
KINI AKU  JUGA YANG SERING ENGKAU PANGGIL SAYANG
SEHINGGA AKU TIDAK MENGERTI  DENGAN SIKAPMU

BAGIKU SETIAP UCAPAN YANG LAHIR DARI MULUT INI
HARUSLAH PENUH RELA JUJUR SETIA

TAPI BAGIMU LAIN PULA  ITU HANYA KATA BIASA
TAK LEBIH HANYA SEKADAR BERSENDA GURAU
SETIAP KALI ENGKAU UCAPKAN SAYANG
PADA INSAN YANG BERDIRI DIDEPAN MATA
HATIKU SUNGGUH RESAH

SUNGGUH KEJAM SEMUA ITU MENGUJI KESABARANKU
AKU BUKAN  SEPERTI INSAN YANG LAIN YANG ENGKAU TEMUI
BUKAN JUGA  TEMPAT ENGKAU MELEPASKAN RINDU
TAK BISA CINTAKU MELEKAT PADAMU



LAGU : AWANG BPR (PUSTAKA MUZIK EMI SDN BHD)
SENIKATA : LUKHMAN S / MARIE FIOOLE (BMG PUBLISHING (M) SDN BHD)

 

2. MUNGKIN TAK PASTI

 

SEKALI RIBUT DATANG MELANDA
PASTI PANTAIKAN BERUBAH WAJAH
YANG TERTINGGAL CUMA LAUT YANG SETIA
SERTA CAMAR YANG CERIA
SAKSIKAN PANTAI YANG TERBIAR
SEMAKIN HILANG KEINDAHAN

BEGITULAH PERUMPAMAANNYA
YANG SEDANG KITA HADAPI INI
SEMUA YANG MANIS SEGALA YANG INDAH
MEMENUHI HATIKU
KINI TERHENTI TANPA ALASAN

MUNGKIN CINTA MERAH MEMBARA
AKAN PADAM DARI MENYALA
MUNGKIN JUGA MENTARI SIANG
TAK BERAKHIR SAMPAI KE SENJA

INIKAH LAKUNAN CINTAMU INIKAH UJIAN RINDU MU
INIKAH YANG MENCABAR KESABARANKU


LAGU : DADANG S MANAF  (WARNER CHAPELL MUSIC (M) SDN BHD)
SENIKATA : LUKHMAN S  (WARNER CHAPELL MUSIC (M) SDN BHD)


3. MENYINYIR


NAMPAK SATU YANG TAK NAMPAK ADA DUA TIGA EMPAT
SAMPAI BERATUS PUN BOLEH (BERATUS MUNGKIN BOLEH)

SATU JENGKAL KADANG KALA BOLEH JADI EMPAT JENGKAL
JANJI JADI TAK BENAR (BIARPUN TAK BENAR)

ADA SAJA TAMBAHANNYA ADA SAJA TOKOKNYA
DASAR MULUT SI TEMPAYAN MEMANG GITU SIFATNYA

DASAR KEPOH KONONNYA INI
ORDER BARU DUNIA TERPILIH DI PBB (TERPILIH DI PBB)
SATU MATA YANG KAU BUKA KALAU ORANG LAIN BENAR
KADANG TERNAMPAK BIASANYA TAK NAMPAK
(BIASANYA TAK NAMPAK)

PERCATURAN WARGA BESAR ITU PALING UTAMA
WARGA KECIL KALAU LENYAP KAU BIARKAN KAU BIARKAN

MENYINYIR  DARI AFRIKA SAMPAI KE NUSANTARA
MENYINYIR  DENGAN CNN DAN BBC
MENYINYIR  BERTEPUK SORAK SI TEMPANG AKAL
MUJURLAH  MINDAKU TERBUKA TAK BUTA
MUJURLAH  AKU INI WARGA MALAYSIA




LAGU : MOHALIM (WARNER CHAPELL MUSIC (M) SDN BHD)
SENIKATA : SISO (PUSTAKA MUZIK EMI (M) SDN BHD)

 


4. KU INSAN YANG SEPI



API YANG PADAM DI HEMBUS ANGIN MALAM
MENINGGALKAN KESAN  YANG AMAT DALAM

SEHINGGA DENDAM  SILAMKU YANG TERTANAM
DI DASAR YANG DALAM MENGHILANG BAGAI
BAYANGAN DI CERMIN KELAM

KAU YANG LAMA KU PUJA BUKAN KERANA CINTA
ATAUPUN KERANA KU RINDUMU

HANYA KERANA TAK DAYA MENGHARUNGI
LAUTAN KEHIDUPAN TAK BERTEPI
HANYA KERANA TAK SANGGUP MENGHADAPI
PERJALANAN YANG JAUH BERSENDIRI

KUPERLUKAN TEMAN TAWA DAN TANGIS
MENEMANI KU INSAN YANG SEPI


LAGU : SYED AMRAN  (WARNER CHAPELL MUSIC (M) SDN BHD)
SENIKATA : NURBISA II  (LUNCAI EMAS SDN BHD)


5. SI KARUT MARUT

SIKARUT .. SIKARUT MARUT (3*)

HEI ...  KAU SIAPA HEBAT BICARA
YANG MENGABURI SKENARIO HIDUP INI
PADA MEREKA KAU MENGAKUI
BISA MENGUBATI PENYAKIT SEGALANYA

SYARATMU ENTAH APA APA
JANJI BERINTIKAN DUSTA

HAIRAN SI KARUT CUBA MEMULIH
SEDANGKAN DIRI SENDIRI MENAHAN SAKIT
SI TUKANG TILIK MENARIK WANG
WANG SIAPAKAH SEBENAR YANG DI TARIK

MAKIN RAMAI YANG SETIA
BERANGAN MIMPI NAN TINGGI
SANGGUP KAU BERPUTIH MATA
WALAUPUN TERJERAT DIRI

BERPALINGLAH KAU INSAN  DARI PUKAUAN PENDUSTA
JANGAN SAMPAI SERAPAH  MEMAKAN DIRI SENDIRI
YAKINKAN JIWA UNTUK  BERPIJAK PADA REALITI
SEBENARNYA DIA HANYA  MENJANJIKAN ILUSI
ILUSI ...


LAGU : MOHALIM (DUNIA MUZIK WEA SDN BHD)
SENIKATA : ARAB (DUNIA MUZIK WEA SDN BHD)

 


6. PUTERI


DI DALAM KESUNYIAN  KU RINDUKAN DIRIMU
RASA CINTAKU  YANG KIAN MEMBARA
TAPI TAK KUASA  TUK MENGATAKANNYA

KALA FAJAR MENJELANG DAN AKU PUN TERJAGA
NAMUN BAYANGMU  TERUS MENGIKUTI
MUNGKINKAH MIMPIKU
BERSAMAMU KITA MENJALIN ASMARA

KESUNYIAN INI TERLALU INDAH
TANPA DIRIMU ADA DI SINI
ANDAI KAU TAHU DALAM CINTAKU
KEPADA DIRIMU

PUTERI ... KAULAH IMPIANKU
KU LIHAT CINTA DI MATAMU
WALAU KAU TAK MENYATAKANNYA
JIWAKU MENYENTUH JIWAMU

PUTERI ... KAULAH PUJAANKU
NYATAKAN SEGALA IMPIAN
SAMBUTLAH TANGAN
SAMBUTLAH KITAKAN BERSAMA
HARUNGI BAHTERA

DENGAN SAYAP KHAYALAN
INGIN TERBANG KESANA
MEMBAWA CINTA SEBESAR DUNIA
BUKTI CINTAKU HANYA UNTUK DIRIMU
TUK SELAMANYA

LAGU : IKLIM (DUNIA MUZIK WEA SDN BHD)
SENIKATA : S AMIN SHAHAB (LUNCAI EMAS SDN BHD)


7. EKSPRESI FUNKY



DIDALAM INDAH  MERIAHNYA SUASANA
KITA BERDANSA  DI LANGKAH SEMPURNA
CUBA MENCARI  RENTAK KERIANGAN
AGAR TERHAPUS  BELENGGU KEBOSANAN

MENGAPA TEMAN  GUSAR MENYENDIRI
AYO LUPAKAN  KEKUSUTAN SEMALAM
TARI BERSAMA  LAGU KEHIDUPAN
SATU KEMBARA  SATU EKSPLORASI

(ARAH KEMANA)  PESTA KITA
(PENGHUJUNGNYA)  TIADA PASTI
(SINAR CAHAYA)  MENERANGI
(MUZIK MENGIRINGI)  TARIAN FUNKY

(HEI ... )  BERHIBUR (DI ... )  ARUS PESTAMU
(KAU ... )  USAH RAGU (KAN ... )  PASTI BERTEMU


LAGU : MOHALIM (DUNIA MUZIK WEA SDN BHD)
SENIKATA : ARAB (DUNIA MUZIK WEA SDN BHD)




8. KEKASIH



INGIN KU BAWA MU TUJU TITIAN
HALUS HELAI RAMBUT PERAWAN
PASTINYA KITA SAMPAI KE SEBERANG
MENYAKSIKAN SATU BINTANG BERKERLIPAN

CINTA MAKIN LAMA KASIH PADA SIAPA
KERNA AKU KAN PERGI SELAMA
TINGGALKAN MU KASIH
MENITI TITIAN SENDIRI

MASA LAIN WALAU SELAUTAN
KEMBALI PADA TITISAN
BEGITU ANGIN DAN API

KAU CAHAYA KU CAHAYA SATU SINAR
TUJUH LAPIS LANGIT BUMI BERAHSIANYA KITA
TIDAK DUA TIDAK TIGA PERGELANGAN
KERNA KASIH UTUH MILIK KITA

BAYANGANMU BAYANGANKU TANDA CINTA
BAGAI BULAN TAK BERCAHAYA
TANPA SINAR MENTARI
MAHKOTAKAN KALIMAHNYA ARAS CINTA
DUA INSAN MENJADI KEKASIH
DUA INSAN MENJADI KEKASIH


LAGU : KAMA  (WARNER CHAPELL MUSIC (M) SDN BHD)
SENIKAT : ZUR’AIN  (WARNER CHAPELL MUSIC (M) SDN BHD)



9. MALANG NASIBMU

TELAH KU SELIMUTKAN SEGALANYA
DARI KEDINGINAN PERASAANMU
TAK SANGGUP LAGI AKU MENUNGGU
KEHADIRAN CINTAMU

AKAN KU HAMBAT PERASAAN INI
BIAR BERTABURAN DI KAKI LANGIT
DARI MERINDU MENGUNDANG PILU
MEMANAH KALBU

ANDAI KAU SEKETUL BATU
PASTI HANCUR KERNA CINTAKU
ANDAINYA KAU UMPAMA ANGIN
KU SIMPAN DI DADA

MALANGNYA  NASIBMU MENJADI MANUSIA
SEDANGKAN KAU TIDAK PERLU
BELAIAN CINTAKU YANG BELUM KAU NILAI
DAN  BELUM KENAL WARNANYA

HANYA SAMPAI DI SINI AKU MENGEKORI
SEBELUM SAMPAI KE JERAM
YANG PENUH BERBATU BIARLAH KU GAGAL
ASALKAN TIDAK MENYESAL


KELUH SUDAH MERINDU SUDAH
KECEWA BELUM JUGA TIBA
JANGAN KAU ANGGAP AKU KALAH
SEBELUM KAU MERASA

BIARLAH KU GAGAL ASALKAN TIDAK MENYESAL
SEBELUM BERTEMU AJAL


LAGU : KAMAL HALIM  (WARNER CHAPELL MUCSIC (M) SDN BHD)
SENIKATA : BOB  (WARNER CHAPELL MUCSIC (M) SDN BHD)



10. KARAM ... DILAUT DUKA

 

DAPATKAH PUTIK KAN MENJADI BUNGA
KIRANYA CUACA SERING GERHANA
DAPATKAH KASIH BERSEMI SELAMANYA
ATAUPUN AKU HARUS BERSERAH
KEPADA - NYA YANG MAHA ESA

MESTIKAH ADA SATU PENGORBANAN
SEHINGGA TERJADINYA PERPISAHAN
KIRANYA ITU SATU PERMINTAAN
PERLUKAH KAU DAN AKU MERELAKAN

KITA HANYA INSAN YANG SELALU MENGHARAPKAN
SUATU YANG INDAH DALAM PERCINTAAN
KIRANYA TIBA DUGAAN MENDATANG
AKU KAU TINGGALKAN

KARAM AKU DI LAUTAN DUKA
BILA WAJAHMU HILANG DI MATA
TIADA BERITA MENGUBAT RINDU
DIKALA SENDU

KU BIARKAN LUKA DI HATI BERDARAH
SEHINGGA KERING DI MAMAH MENTARI
APAKAH SALAHKU DISAKITI SEBEGINI

PERLUKAH AKU TERUS MENGHARAPKAN
CAMAR YANG HILANG KEMBALI KESARANG
APAKAH MASIH ADA KERINDUAN
YANG TERSIMPAN DI HATIMU SAYANG



LAGU : SHAMSUDDIN SHIDEK   (DUNIA MUZIK WEA SDN BHD)
SENIKATA : ROSLI ALI  (DUNIA MUZIK WEA SDN BHD)



P & C 1996 WARNER MUSIC (MALAYSIA) SDN BHD




Line Up IKLIM / 1996 / Salam Perpisahan



PENERBIT EKSEKUTIF : NASEER ABU KASSIM
PENERBIT ALBUM : NORMAN RASHID
KOORDINASI A & R : ADOONIS NOOR

UNTUK LAGU :
"SIKARUT MARUT", "PUTERI","EKSPRESSI FUNKY" & "MALANG NASIBMU"
PENERBIT : IKLIM / BONG
PENOLONG PENERBIT : DINO
JURUADUN : ZAIRI & PETER
STUDIO RAKAMAN : BOOTY STUDIO

UNTUK LAGU :
"MUNGKIN TAK PASTI", "MENYINYIR", "KU INSAN YANG SEPI" & "SUNGGUH"
JURUADUN : RAMLAN
STUDIORAKAMAN : UTUSAN AUDIOO

UNTUK LAGU "KEKASIH"
PENERBIT : IKLIM & BONG
JURUADUN : DEREK
STUDIO RAKAMAN : BOOTY STUDIO

UNTUK LAGU : "KARAM ... DILAUT DUKA"
PENERBIT : SHAMSUDDIN SIDEK
JURUADUN : RAMZAN, DOT & SHAHRIN
STUDIO RAKAMAN : BOOTY STUDIO

Tidak ada komentar:

Posting Komentar