1. SUNGGUH
SUNGGUH MUDAH KATA SAYANG TERUCAP DARI MULUTMU
SUNGGUH LEMBUT LIDAHMU MENYEBUT BERULANG KALI
TAK MENYANGKA DENGAN SIAPA SAJA ENGKAU MENYAPA
TANPA KAU MERASA SEGAN MALU PADAKU
MENGAPAKAH TERLALU MUDAHNYA UCAPAN SAYANGMU
SEPERTINYA TIADA BERARTI UCAPANMU ITU
KINI AKU JUGA YANG SERING ENGKAU PANGGIL SAYANG
SEHINGGA AKU TIDAK MENGERTI DENGAN SIKAPMU
BAGIKU SETIAP UCAPAN YANG LAHIR DARI MULUT INI
HARUSLAH PENUH RELA JUJUR SETIA
TAPI BAGIMU LAIN PULA ITU HANYA KATA BIASA
TAK LEBIH HANYA SEKADAR BERSENDA GURAU
SETIAP KALI ENGKAU UCAPKAN SAYANG
PADA INSAN YANG BERDIRI DIDEPAN MATA
HATIKU SUNGGUH RESAH
SUNGGUH KEJAM SEMUA ITU MENGUJI KESABARANKU
AKU BUKAN SEPERTI INSAN YANG LAIN YANG ENGKAU TEMUI
BUKAN JUGA TEMPAT ENGKAU MELEPASKAN RINDU
TAK BISA CINTAKU MELEKAT PADAMU
LAGU : AWANG BPR (PUSTAKA MUZIK EMI SDN BHD)
SENIKATA : LUKHMAN S / MARIE FIOOLE (BMG PUBLISHING (M) SDN BHD)
2. MUNGKIN TAK PASTI
SEKALI RIBUT DATANG MELANDA
PASTI PANTAIKAN BERUBAH WAJAH
YANG TERTINGGAL CUMA LAUT YANG SETIA
SERTA CAMAR YANG CERIA
SAKSIKAN PANTAI YANG TERBIAR
SEMAKIN HILANG KEINDAHAN
BEGITULAH PERUMPAMAANNYA
YANG SEDANG KITA HADAPI INI
SEMUA YANG MANIS SEGALA YANG INDAH
MEMENUHI HATIKU
KINI TERHENTI TANPA ALASAN
MUNGKIN CINTA MERAH MEMBARA
AKAN PADAM DARI MENYALA
MUNGKIN JUGA MENTARI SIANG
TAK BERAKHIR SAMPAI KE SENJA
INIKAH LAKUNAN CINTAMU INIKAH UJIAN RINDU MU
INIKAH YANG MENCABAR KESABARANKU
LAGU : DADANG S MANAF (WARNER CHAPELL MUSIC (M) SDN BHD)
SENIKATA : LUKHMAN S (WARNER CHAPELL MUSIC (M) SDN BHD)
3. MENYINYIR
NAMPAK SATU YANG TAK NAMPAK ADA DUA TIGA EMPAT
SAMPAI BERATUS PUN BOLEH (BERATUS MUNGKIN BOLEH)
SATU JENGKAL KADANG KALA BOLEH JADI EMPAT JENGKAL
JANJI JADI TAK BENAR (BIARPUN TAK BENAR)
ADA SAJA TAMBAHANNYA ADA SAJA TOKOKNYA
DASAR MULUT SI TEMPAYAN MEMANG GITU SIFATNYA
DASAR KEPOH KONONNYA INI
ORDER BARU DUNIA TERPILIH DI PBB (TERPILIH DI PBB)
SATU MATA YANG KAU BUKA KALAU ORANG LAIN BENAR
KADANG TERNAMPAK BIASANYA TAK NAMPAK
(BIASANYA TAK NAMPAK)
PERCATURAN WARGA BESAR ITU PALING UTAMA
WARGA KECIL KALAU LENYAP KAU BIARKAN KAU BIARKAN
MENYINYIR DARI AFRIKA SAMPAI KE NUSANTARA
MENYINYIR DENGAN CNN DAN BBC
MENYINYIR BERTEPUK SORAK SI TEMPANG AKAL
MUJURLAH MINDAKU TERBUKA TAK BUTA
MUJURLAH AKU INI WARGA MALAYSIA
LAGU : MOHALIM (WARNER CHAPELL MUSIC (M) SDN BHD)
SENIKATA : SISO (PUSTAKA MUZIK EMI (M) SDN BHD)
4. KU INSAN YANG SEPI
API YANG PADAM DI HEMBUS ANGIN MALAM
MENINGGALKAN KESAN YANG AMAT DALAM
SEHINGGA DENDAM SILAMKU YANG TERTANAM
DI DASAR YANG DALAM MENGHILANG BAGAI
BAYANGAN DI CERMIN KELAM
KAU YANG LAMA KU PUJA BUKAN KERANA CINTA
ATAUPUN KERANA KU RINDUMU
HANYA KERANA TAK DAYA MENGHARUNGI
LAUTAN KEHIDUPAN TAK BERTEPI
HANYA KERANA TAK SANGGUP MENGHADAPI
PERJALANAN YANG JAUH BERSENDIRI
KUPERLUKAN TEMAN TAWA DAN TANGIS
MENEMANI KU INSAN YANG SEPI
LAGU : SYED AMRAN (WARNER CHAPELL MUSIC (M) SDN BHD)
SENIKATA : NURBISA II (LUNCAI EMAS SDN BHD)
5. SI KARUT MARUT
SIKARUT .. SIKARUT MARUT (3*)
HEI ... KAU SIAPA HEBAT BICARA
YANG MENGABURI SKENARIO HIDUP INI
PADA MEREKA KAU MENGAKUI
BISA MENGUBATI PENYAKIT SEGALANYA
SYARATMU ENTAH APA APA
JANJI BERINTIKAN DUSTA
HAIRAN SI KARUT CUBA MEMULIH
SEDANGKAN DIRI SENDIRI MENAHAN SAKIT
SI TUKANG TILIK MENARIK WANG
WANG SIAPAKAH SEBENAR YANG DI TARIK
MAKIN RAMAI YANG SETIA
BERANGAN MIMPI NAN TINGGI
SANGGUP KAU BERPUTIH MATA
WALAUPUN TERJERAT DIRI
BERPALINGLAH KAU INSAN DARI PUKAUAN PENDUSTA
JANGAN SAMPAI SERAPAH MEMAKAN DIRI SENDIRI
YAKINKAN JIWA UNTUK BERPIJAK PADA REALITI
SEBENARNYA DIA HANYA MENJANJIKAN ILUSI
ILUSI ...
LAGU : MOHALIM (DUNIA MUZIK WEA SDN BHD)
SENIKATA : ARAB (DUNIA MUZIK WEA SDN BHD)
6. PUTERI
DI DALAM KESUNYIAN KU RINDUKAN DIRIMU
RASA CINTAKU YANG KIAN MEMBARA
TAPI TAK KUASA TUK MENGATAKANNYA
KALA FAJAR MENJELANG DAN AKU PUN TERJAGA
NAMUN BAYANGMU TERUS MENGIKUTI
MUNGKINKAH MIMPIKU
BERSAMAMU KITA MENJALIN ASMARA
KESUNYIAN INI TERLALU INDAH
TANPA DIRIMU ADA DI SINI
ANDAI KAU TAHU DALAM CINTAKU
KEPADA DIRIMU
PUTERI ... KAULAH IMPIANKU
KU LIHAT CINTA DI MATAMU
WALAU KAU TAK MENYATAKANNYA
JIWAKU MENYENTUH JIWAMU
PUTERI ... KAULAH PUJAANKU
NYATAKAN SEGALA IMPIAN
SAMBUTLAH TANGAN
SAMBUTLAH KITAKAN BERSAMA
HARUNGI BAHTERA
DENGAN SAYAP KHAYALAN
INGIN TERBANG KESANA
MEMBAWA CINTA SEBESAR DUNIA
BUKTI CINTAKU HANYA UNTUK DIRIMU
TUK SELAMANYA
LAGU : IKLIM (DUNIA MUZIK WEA SDN BHD)
SENIKATA : S AMIN SHAHAB (LUNCAI EMAS SDN BHD)
7. EKSPRESI FUNKY
DIDALAM INDAH MERIAHNYA SUASANA
KITA BERDANSA DI LANGKAH SEMPURNA
CUBA MENCARI RENTAK KERIANGAN
AGAR TERHAPUS BELENGGU KEBOSANAN
MENGAPA TEMAN GUSAR MENYENDIRI
AYO LUPAKAN KEKUSUTAN SEMALAM
TARI BERSAMA LAGU KEHIDUPAN
SATU KEMBARA SATU EKSPLORASI
(ARAH KEMANA) PESTA KITA
(PENGHUJUNGNYA) TIADA PASTI
(SINAR CAHAYA) MENERANGI
(MUZIK MENGIRINGI) TARIAN FUNKY
(HEI ... ) BERHIBUR (DI ... ) ARUS PESTAMU
(KAU ... ) USAH RAGU (KAN ... ) PASTI BERTEMU
LAGU : MOHALIM (DUNIA MUZIK WEA SDN BHD)
SENIKATA : ARAB (DUNIA MUZIK WEA SDN BHD)
8. KEKASIH
INGIN KU BAWA MU TUJU TITIAN
HALUS HELAI RAMBUT PERAWAN
PASTINYA KITA SAMPAI KE SEBERANG
MENYAKSIKAN SATU BINTANG BERKERLIPAN
CINTA MAKIN LAMA KASIH PADA SIAPA
KERNA AKU KAN PERGI SELAMA
TINGGALKAN MU KASIH
MENITI TITIAN SENDIRI
MASA LAIN WALAU SELAUTAN
KEMBALI PADA TITISAN
BEGITU ANGIN DAN API
KAU CAHAYA KU CAHAYA SATU SINAR
TUJUH LAPIS LANGIT BUMI BERAHSIANYA KITA
TIDAK DUA TIDAK TIGA PERGELANGAN
KERNA KASIH UTUH MILIK KITA
BAYANGANMU BAYANGANKU TANDA CINTA
BAGAI BULAN TAK BERCAHAYA
TANPA SINAR MENTARI
MAHKOTAKAN KALIMAHNYA ARAS CINTA
DUA INSAN MENJADI KEKASIH
DUA INSAN MENJADI KEKASIH
LAGU : KAMA (WARNER CHAPELL MUSIC (M) SDN BHD)
SENIKAT : ZUR’AIN (WARNER CHAPELL MUSIC (M) SDN BHD)
9. MALANG NASIBMU
TELAH KU SELIMUTKAN SEGALANYA
DARI KEDINGINAN PERASAANMU
TAK SANGGUP LAGI AKU MENUNGGU
KEHADIRAN CINTAMU
AKAN KU HAMBAT PERASAAN INI
BIAR BERTABURAN DI KAKI LANGIT
DARI MERINDU MENGUNDANG PILU
MEMANAH KALBU
ANDAI KAU SEKETUL BATU
PASTI HANCUR KERNA CINTAKU
ANDAINYA KAU UMPAMA ANGIN
KU SIMPAN DI DADA
MALANGNYA NASIBMU MENJADI MANUSIA
SEDANGKAN KAU TIDAK PERLU
BELAIAN CINTAKU YANG BELUM KAU NILAI
DAN BELUM KENAL WARNANYA
HANYA SAMPAI DI SINI AKU MENGEKORI
SEBELUM SAMPAI KE JERAM
YANG PENUH BERBATU BIARLAH KU GAGAL
ASALKAN TIDAK MENYESAL
KELUH SUDAH MERINDU SUDAH
KECEWA BELUM JUGA TIBA
JANGAN KAU ANGGAP AKU KALAH
SEBELUM KAU MERASA
BIARLAH KU GAGAL ASALKAN TIDAK MENYESAL
SEBELUM BERTEMU AJAL
LAGU : KAMAL HALIM (WARNER CHAPELL MUCSIC (M) SDN BHD)
SENIKATA : BOB (WARNER CHAPELL MUCSIC (M) SDN BHD)
10. KARAM ... DILAUT DUKA
DAPATKAH PUTIK KAN MENJADI BUNGA
KIRANYA CUACA SERING GERHANA
DAPATKAH KASIH BERSEMI SELAMANYA
ATAUPUN AKU HARUS BERSERAH
KEPADA - NYA YANG MAHA ESA
MESTIKAH ADA SATU PENGORBANAN
SEHINGGA TERJADINYA PERPISAHAN
KIRANYA ITU SATU PERMINTAAN
PERLUKAH KAU DAN AKU MERELAKAN
KITA HANYA INSAN YANG SELALU MENGHARAPKAN
SUATU YANG INDAH DALAM PERCINTAAN
KIRANYA TIBA DUGAAN MENDATANG
AKU KAU TINGGALKAN
KARAM AKU DI LAUTAN DUKA
BILA WAJAHMU HILANG DI MATA
TIADA BERITA MENGUBAT RINDU
DIKALA SENDU
KU BIARKAN LUKA DI HATI BERDARAH
SEHINGGA KERING DI MAMAH MENTARI
APAKAH SALAHKU DISAKITI SEBEGINI
PERLUKAH AKU TERUS MENGHARAPKAN
CAMAR YANG HILANG KEMBALI KESARANG
APAKAH MASIH ADA KERINDUAN
YANG TERSIMPAN DI HATIMU SAYANG
LAGU : SHAMSUDDIN SHIDEK (DUNIA MUZIK WEA SDN BHD)
SENIKATA : ROSLI ALI (DUNIA MUZIK WEA SDN BHD)
P & C 1996 WARNER MUSIC (MALAYSIA) SDN BHD
Line Up IKLIM / 1996 / Salam Perpisahan
PENERBIT EKSEKUTIF : NASEER ABU KASSIM
PENERBIT ALBUM : NORMAN RASHID
KOORDINASI A & R : ADOONIS NOOR
UNTUK LAGU :
"SIKARUT MARUT", "PUTERI","EKSPRESSI FUNKY" & "MALANG NASIBMU"
PENERBIT : IKLIM / BONG
PENOLONG PENERBIT : DINO
JURUADUN : ZAIRI & PETER
STUDIO RAKAMAN : BOOTY STUDIO
UNTUK LAGU :
"MUNGKIN TAK PASTI", "MENYINYIR", "KU INSAN YANG SEPI" & "SUNGGUH"
JURUADUN : RAMLAN
STUDIORAKAMAN : UTUSAN AUDIOO
UNTUK LAGU "KEKASIH"
PENERBIT : IKLIM & BONG
JURUADUN : DEREK
STUDIO RAKAMAN : BOOTY STUDIO
UNTUK LAGU : "KARAM ... DILAUT DUKA"
PENERBIT : SHAMSUDDIN SIDEK
JURUADUN : RAMZAN, DOT & SHAHRIN
STUDIO RAKAMAN : BOOTY STUDIO
Bang kenapa xleh download mediafire yg ni..please bg boleh di download..
BalasHapus