IKLIM / 1993 / Bukan Aku Tak Cinta


HINA MULIA, KAYA PAPA
HANYALAH NILAI NILAI KEMANUSIAAN
NYATANYA DI SISI TUHAN TIADA APA APA AKHIRNYA
BUDI  JUGA YANG BERHARGA



 1. BUKAN AKU TAK CINTA  5'39
ROSYID SOMANTRI
PUSTAKA MUZIK SCS SDN BHD

SAAT KITA BERPISAH
KAU PEGANG ERAT TANGANKU
SEPERTINYA TAK MERELAKAN
KEPERGIANKU UNTUK MENINGGALKANMU

DERMAGA SAKSI BISU
WAKTU KU KUCUP KENINGMU
PERLAHAN KAU LEPASKAN
PEGANGAN TANGANKU
AKU LIHAT KAU MENANGIS...

LAMBAIAN TANGANMU
MASIH KU INGAT SELALU
ITU YANG TERAKHIR
KU MELIHAT DIRIMU

SUDAH SERING KAU KIRIM SURAT
NAMUN TAK PERNAH AKU JAWAB
LALU KAU KIRIMKAN UNDANGAN
AGAR KAU TAK BERHARAP

BUKANNYA AKU TAK TEGA
BUKAN PULA AKU TAK CINTA
KERANA ORANG TUA
YANG TAK MERESTUI CINTA KITA


2. MIMPI YANG PULANG  5'15
SYARUM SAIDIN / ADINDA AMIRO
PUSTAKA MUZIK SCS SDN BHD

SUMPAH YANG MANA
YANG DAPAT MEREBUT SERI
KALUNG CINTAMU
JURANG YANG MANA
YANG MAMPU DAPAT MEMISAHKAN
RASA SETIAKU
TAKKAN KEMANA
SEANDAI DIMULUT
KAU TAK SEPENUH HATI

LIDAH SIAPA
YANG MANIS BERMADU DULU
MENGUKIR JANJI
WAJAH SIAPA
BERBAYANG SERIBU RUPA
MERAGUT KALBU
TAKKAN KEMANA
SEANDAI DIHATI
BERTAHTA PALSU
RAGU TAK HENTI

MOGA JADI PENGALAMAN
DAN PENGAJARAN
ANTARA KITA
TIDAK MENJADI DENDAM
AKU TAKKAN MURAM
OH KERANANYA

PEDIH KUBUANG
MIMPIPUN PULANG
BERSAMA ENGKAU
YANG TELAH HILANG

DUNIA YANG MANA
DAPAT KAU SEMBUNYI DIRI
LARI DARIKU

ALAM YANG MANA
DAPAT MENYISIHKANNYA
BENAR KASIHKU
PASTI NANTI
ENGKAU MERASAI
JANGAN TANGISI
CINTA YANG PERGI

3. MANTERA ANAK SENI  4'45
WAN ZUL / DR WAN ZAWAWI
PUSTAKA MUZIK SCS SDN BHD

MANTERA ANAK SENI
MANTERA ANAK SENI

LAUT LUMPUR BESI DAN PADI
RATIB REMPUH KEBAL DAN SAKTI
KALAULAH HENDAK JANGAN DICARI

BERASAL BERUSUL AKU BERNAMA
TAK GENTAR TAK LUNTUR AKU SEJATI
BERDAYUNG BERMUDIK AKU BERKAMPUNG
BERMADAH BERPANTUN AKU BERSANTUN

BERSALAM BERSILA ADAT IBUNDA
JIWA HIDUP BERBAKTI KAN DIBAWA MATI
KEMBALILAH SEMANGAT KEGELANGGANG ANAK SENI
BIARLAH BADAI BERTALU BIARKAN BERLALU
BIARLAH GELORA DI SAMUDERA BERHEMBUS
MEMBANGKIT DIRIMU DARI MIMPI


4. BUDI  5'21
WAN ZUL / WAN ZUL
PUSTAKA MUZIK SCS SDN BHD

OH PEDIHNYA
TERASA BAGAIKAN DURI SELUMBAR
MENIKAM DI HATI

DAN KEMANAKAH
NAK KU CARI
OH SECANGKIR AIR
BUAT PENAWAR LUKA

ANDAINYA ZAHIR YANG TERLUKA
KU RAWAT SEMBUH TINGGAL PARUTNYA
ANDAINYA BATIN YANG SENGSARA
KU BAWA MATI HINGGA AKHIRNYA

KU SEMAI BUDI
KU SIRAM KASIH SEJATI
HARAPKAN SUBUR MURNI
RUPANYA TAK MENJADI

BUDI KU TABUR BERKUBUR
KASIH KU IKAT
PUTUS BERCERAI
TERNYATA TIADA KEIKHLASAN...

SEBAGAIMANA YANG TELAH
ENGKAU LAFAZKAN
TERNYATA TIADA PENGERTIAN
KITA KECUNDANG...


5. MAHLIGAI SERIBU MIMPI  4'24
SYED AMRAN / AZIDA NS
PUSTAKA MUZIK SCS SDN BHD

SUNGGUH LAMA KU PENDAMKAN
MENJADI RASA NALURI
PANAH CINTA KU TEMBUSI
SIFAT MU ITU

RIWAYAT MU KU SATUKAN
DI DALAM HAKIKAT CINTA
MAKRIFAT PUN SEABADI
KAU TAK MENGERTI
CINTAKU KEPADA MU

KASIH KU MIMPIKAN
DIKAU BERIBU MAKNA
BERIBU SUKA DUKA KU TEMPUHI
HADIRLAH KASIH BAGAI
TITIAN PELANGI
BUKALAH GERBANG MAHLIGAI
DIHATI INI

MAHLIGAI SERIBU
IMPIAN DAN BAYANGAN
MASIHKU SEMBUNYIKAN RAHSIANYA
MAHLIGAI SERIBU
KU IMPIKAN KENYATAAN
PADA MU INGIN KU ZAHIRKAN KASIH
TERANGI IA BAWAKAN CINTA MU
WANGIAN SYURGAWI

MAHLIGAI SERIBU
HAKIKAT KU MENUNGGU
HADIRLAH MU BERSAMA KERELAAN
NESCAYA ADA ERTI KEBAHAGIAAN
TAK TERUCAP DENGAN
KALIMAH SYAHDU
CARILAH AKU
DI AWAL MULA
DI AKHIR TIADA
AKHIRNYA


6. BUYUNG OH BUYUNG  4'31
MOHALIM / DOL SYAFIQ
PUSTAKA MUZIK SCS SDN BHD

KEMELUT APA
MELANDA MENYONGSANGKAN
KITAB ALAM (ALAM)
GEGAP GEMPITA
DI AWANG AWANGAN
TARIAN ZAMAN (ZAMAN)
TERSUNGKUR JATUH ..
SIAPAKAH

TANAM SELASIH
DI ATAS KAYANGAN
BERTAHUN LAMANYA (LAMANYA)
MENAMPI PADI
DISERAMBI RUMAH
HANYALAH SEMALAM (SEMALAM)
HAMPASNYA JATUH ...
DI MANAKAH

SI BIJAK MENJADI TUAN
KITA BERTEPUK (2X)
KEPALA LUNYAI DI PIJAK
MASIH MENGANGGUK (2X)
DONGENG SI BUYUNG WARISAN
MASA DEPANMU (3X)
TENGKOROK WARGA PENDATANG
KITA ISIKAN (2X)
BERUK LIAR RELA DI SUSUKAN
ANAK MANJA RELA KEHAUSAN (2X)


MULUT YANG MANA?
MULUT YANG CELUPAR
MANIS BERMADU BUATAN
SENYUM YANG MEMIKAT
BERSUMBIKAN TEMBAGA BUANGAN
JERAT MENGENA ....
SI DUNGU

SICERDIK PANDAI
BERDENTAM DENTAM
MEMUKUL TABUH (2X0
MULUT BERSIUL
LAGU ANAK RAJA
TURUN BERADU (2X)
BALDU YANG MERAH
KAU RENTANGKAN

SIBIJAK MENJADI TUAN
KITA AKURKAN (2X)
KEPALA LUNYAI DIHENTAK
KITA SYUKURKAN (2X)
SIBUYUNG BERDENDANG HIBA
KITA TANGISKAN (3X
MAKAN UBI BERSANTANKAN
SUMPAH SENDIRI (2X)


7. RIYAK  4'52
MOHALIM / MAT ADORINA
PUSTAKA MUZIK SCS SDN BHD


KAU SANGKAL BIDALAN TUA
PABILA KAU KENAL DUNIA
ENGKAU ROBOHKAN SEGALA
TUTUR JANJI YANG DI BINA
TIKA KAU MASIH DALAM BINA
TIKA KAU BUTA WARNA KOTA

KINI KAU DONGAK KELANGIT
ASAL USULMU KAU LUPAKAN
BENANG YANG BASAH KAU CUBA TEGAKKAN
JARI LURUS KELINGKING BERKAIT
ENGKAULAH YANG BETUL

LIHATLAH WAJAHMU DICERMIN
APAKAH KITA MASIH SAMA
LIHATAH BAYANGMU DI AIR
RETAKKAH IA ATAU SEMPURNA

KETUK DULANG PAKU SERPIH
NGATA ORANG DIA LEBIH
KETUK DULANG PAKU SERPIH
LUKA ITU MEMANG PEDIH
PEDIH (3X)


8. SIFIR SIFIR RINDU  5'33
DR WAN ZAWAWI / MAULANA
PUSTAKA MUZIK SCS SDN BHD


KAU BAGAIKAN MALAM
MEMALU GENTA
MENJEMPUT SIANG
KAU ADALAH FAJAR
MERAMPAS LENA
SHUBUH NAN SUNTI

TERSIHIR AKU
MEMBILANG SIFIR SIFIR
PANJANG TANPA BAYANG
HARUSKAH AKU
MENGURUNG DIRI
PADA PESONA
CINTA INI
RANUMNYA MASIH
TAK KU RASA MADUNYA

DAN NISTAKAH AKU
SERING TERLUPA CINTA
KERINGLAH AIRMATAKU
ANDAINYA CINTA
DI PANGKUAN RAHWANA

KAU DEGUP JANTUNGKU
JUGA DARAHKU
LALU BERSATU
MENJADI CINTA

KAU BAWALAH RINDU
LAMA TERKURUNG
PADA HIRAKU

TERBAKAR AKU
BERSAMA NAFAS NAFAS PANJANG
TANPA WALANG
HARUSKAH AKU
MENGURUNG DIRI
PADA PESONA
CINTA INI
RANUMNYA MASIH
TAK KURASA MADUNYA


9. DEDALU  5'50
NUR EHSAN / NUR EHSAN & ZAIDI TEK
PUSTAKA MUZIK SCS SDN BHD

PERNAHKAN KAU FIKIRKAN ARAHMU
AGAR TAK TERSESAT DI SANA
APALAH ADA PADA AMBISI
JIKA MEMIJAK RUMPUT DI BUMI

HIDUP INI PERLUKAN IMBANGANNYA
MENGHIRUNG AIR BERPADANAN
KELAK NANTI KAU YANG KEHAUSAN
GERSANG BAGAIKAN DI SAHARA

ENGKAU DEDALU HIDUP MENUMPANG
MENDABIK DADA TAK SEDAR DIRI
HINA MENGHINA MEMANG ADATNYA
TAKKAN KURANG KALAU DI PUJA
JANGAN KAU LEKA PADA PANDANGAN
AGAR DIRIMU TIDAK RAWANG

RUKUNNYA ALAM BIAR SEMADI
JANGAN DIGARI EMOSI
SEDARLAH KAWAN MASA DUNIA
MEMANG DAH LAMA UJUDNYA


10. BIOGRAFI YANG LUKA  5'18
WAN ZUL / DR WAN ZAWAWI
PUSTAKA MUZIK SCS SDN BHD


BERMULA KITA BERTEMU
MENGUNTUM LAGU
SYAIR PUISI DARI BARA HATI
LAHIRLAH SENI

KAU SENTUHI BIOGRAFI
HIDUP KU INI
KAU BAWA TUAH DAN INSPIRASI
MENGGEGARKAN DUNIA

GETIR PERJALANAN ANAK BANGSA
KAU RINTIH NYANYIAN
KU TERIMA ILHAM YANG KAU BERI
DENGAN.. SYUKUR...
DENGAN NIAT SUCI
IKHLAS BUDI

KU KENANGI DAN AKU MASIH
SETIA PADA IMPIAN
MILIK KITA SUMPAH
JANJI BERSAMA

TERSISIH KU KINI
KAU TAK SEMESRA
HANYA MAAF KU PINTA
SEANDAINYA RASAMU
TERLUKA


P & C 1992 PUSTAKA MUZIK SCS SDN BHD


Album ke_3 IKLIM yang bertajuk "Bukan Aku Tak Cinta' Merupakan jawaban dari lagu 'Surat Undangan' dari Alm. Poppy Mercury Ciptaan dari Rosyid Soemantri. Merupakan album edaran thn 1993 dari akurama records _distributor indonesia.' Di Mana di malaysia sendiri album ke-3 IKLIM ialah BUDI edaran thn 1992 0leh suara cipta sempurna (scs).' lagu yang tak terkandung di album ini ialah 'Blus Terengganu Kita.'


TRACKLIST IKLIM BUKAN AKU TAK CINTA 1993


PENERBIT : WAN ZUL
SUSUNAN MUZIK : IKLIM / WAN ZUL
SUARA LATAR : IKLIM / WAN ZUL
KONSEP COVER : KERVIN CHANG / IKLIM
FOTOGRAFI : DRIZZLE IMAGEGRAPHY
PENDANDAN RAMBUT : KAY SALON
PAKAIAN : KING'S LEATHER CAMARINI
STUDIO RAKAMAN : KING MUSICAL
JURURAKAM : AHMAD ZAIRI ARIFFIN , WAN ZUL
JURUADUN :  AHMAD ZAIRI ARIFFIN , WAN ZUL
URUSAN PENERBITAN : H.M. CHANG


ALBUM KE 3 IKLIM - BUDI (1992) EDARAN PUSTAKA MUZIK SCS



IKLIM
FORMAT ALBUM BUDI 1992





Tidak ada komentar:

Posting Komentar