DAMASUTRA / 1995 / SERIBU BAYANGAN



MUKA SATU 


1. SERIBU BAYANGAN  5:28
LAGU: AWANG BPR (PUSTAKA MUZIK EMI (M) SDN BHD)
LIRIK: S. AMIN SHAHAB (LUNCAI EMAS SDN BHD)


KAU MASIH MENDUGA SEHINGGA KINI
ANDAI KU BERSENDA DENGAN TEKA-TEKI
SERIBU BAYANGAN AKU GAMBARKAN
MASIH LAGI KAU TAK MENGERTI

SEDALAMNYA LAUTAN TINGGINYA BULAN
BISA DI SENTUH DENGAN PENGETAHUAN
SERIBU BAYANGAN AKU GAMBARKAN
MASIH LAGI KAU TAK MENGERTI

C/O

INIKAN PULA PERASAAN YANG LAHIR DARI JIWA
DAN KITA SAMA-SAMA MERASA DENYUT KASIHNYA

BUKAN SENGAJA AKU MERAHSIAKAN CINTA
TAPI CURIGA KAU KAN TERSALAH SANGKA
KERANA KITA RASA BANGGA BILA DI PUJA
DAN RASA KEJI BILA DI HINA

KERANA KITA MENOLAK SEGALA BENCANA
DAN ASYIK BERGEMBIRA DENGAN NIKMATNYA
SEDANGKAN SEMUA INI ADALAH TAKDIRNYA
DAN KITA HARUS BERSYUKUR SENTIASA

BUKANNYA TEKA-TEKI GURAUAN HATI
SEKADAR MELINDUNG KASIH YANG TERSEMBUNYI
BUKAN MUDAH MENCARI KASIH ABADI
DALAM TERANG IA SEMBUNYI


2. FAKTOR PRIMA  5:06
LAGU: ALOK (FONGUN MUSICAL SDN BHD)
LIRIK: LOLOQ (LUNCAI EMAS SDN BHD)


LANUN RAMAI YANG BAYAR
DENGAN HARGA YANG MAHAL
SEBUAH KEBENARAN DARI KAU

YANG PATUTNYA DI BERIKAN PERCUMA
KERANA BUKAN PUNYA MU ASALNYA
JANGAN TERLUPAKAN FAKTOR PRIMA

AKU ANTARA YANG TAK DAPAT TERIMA
SILAUAN KEKALUTAN DARI ENGKAU

YANG BERTAHAN BERALASKAN FAHAMAN
KAU JUGA PERLU MAKAN DAN MINUM
JANGAN TERLUPAKAN FAKTOR PRIMA
JANGAN TERLUPAKAN FAKTOR PRIMA

DUNIA SEMAKIN CANGGIH SUMPAH KITA DAN PERIH
MENAGIHKAN SIMPATI DARI ENGKAU

YANG PUNYA SEGUNUNG MANTERA SAKTI
TAPI TIADA BERHATI DAN BERBUDI
YANG TERLUPAKAN FAKTOR PRIMA
YANG TERLUPAKAN FAKTOR PRIMA
KERNA OTOMATIK PASTI
MEMBAWAMU KE DAERAH ZENI



3. IMPIANKU 5:54
LAGU: AWANG BPR (PUSTAKA MUZIK EMI (M) SDN BHD)
LIRIK: JUWIE (FONGUN MUSICAL SDN BHD)


OHH ... OHH ... OH ...OHH (4*)

KITA SEMUA SAMA SAHAJA
DI SISI TUHAN YANG MAHA ESA
DAN DARAH KITA SEMUANYA MERAH
BIARPUN  KULIT BERLAINAN WARNA

MARILAH ... BERSAMA MENUJU KE JALAN - NYA
ANTARA KAU DAN AKU PASTI KEMBALI KEPADA - NYA
OHH ... OHH ... OH ...OHH (4*)

AIR DI MATA DAPAT DI LIHAT
TANGISAN HATI TUHAN YANG TAHU
BERSAMA KITA SALING MENYAYANG
SEMOGA HIDUP BERBAHAGIA
CINTAKU YANG SETIA JANGANLAH KAU SIA - SIAKAN
KERANA DIRIKU MEMERLUKAN KASIH SAYANG ...

LIHATLAH ALAM LUAS TERBENTANG SEBAGAI TANDA KEBESARAN - NYA
KEPADA TUHAN AKU BERDOA KABULKANLAH IMPIANKU
AKAN AKU PERTAHANKAN CINTAKU YANG SUCI MURNI
BIARPUN RINDU MEMBARA SEPANJANG HIDUP INI


4. ANGIN LINTANG  4:21
LAGU: HATTAN (PUSTAKA MUZIK EMI (M) SDN BHD)
LIRIK: SISO (FONGUN MUSICAL SDN BHD)


SIMPANG SIUR MEMANG SATU KEMESTIAN
JALAN LURUS LAMA SUDAH DI SEMPITKAN
BERKURUN ... BEGINI

TOPENG SUCI BANYAK MUKA MEMAKAINYA
HILANG TARI INANG SONGSANG DI DEWAKAN
DI DALAM INTERMEZO INDAH
SEWAKTU DASAWARSA MAKIN MAJU KE HADAPAN

BERTAMASYA MAHA DUNGU YANG TERLENA
DEKADENSI PUN TERBIUS DALAM HIDUP
ANGSAMA  ... GERHANA

SANG ANGIN LINTANG DILEBUH KEHIDUPAN
MENGIRAI JARAHAN TERSEMBUNYI
SANG ANGIN LINTANG DIPUNCAK MAHLIGAINYA
MENYARING IMPIAN DALAM SENYUM BILA SI DUNGU
MENUNDUK MUKA KE TOPENG SUCI KE TOPENG SUCI (2*)



5. TERBUKTI BERBISA  4:04
LAGU: SAARI AMRI (BMG PUBLISHING (M) SDN BHD)
LIRIK: NURBISA (LUNCAI EMAS SDN BHD)


MENGAPA ... TIAP JALANKU LALU
HARUS PULANG KE PINTU KASIHKU YANG SATU
SEDANGKAN KU TAK MERANCANG
MALAHAN KU CUBA BERLARI
MENINGGALKAN SEGALA YANG TELAH BERSEMI

MUNGKINKAH KEHENDAK - NYA TAKDIR ATAU SEKADAR RASA HATI
YANG MASIH TAK SANGGUP MELUPAKAN PERISTIWA

C/O

ASMARA PERTAMA TERBUKTI BERBISA
TIADA PENAWAR
KINI MENYENGAT SEKALI LAGI
ENTAH YANG KEBERAPA
LUPA KU MENGIRA KU KIRA ...


MUKA DUA 



6. SUFI  5:53
LAGU: FAUZI MARZUKI (PUSTAKA MUZIK EMI (M) SDN BHD)
LIRIK: ZUR'AIN (FONGUN MUSICAL SDN BHD)


SUFI SELANGKAH TIRAI KASIHMU KU BUKA
ENGKAU SERAHKAN CINTA HINGGA DIRIMU TIADA
KASIH SUFI KAU RELA PILIH DERITA DI DUNIA
BIAR REBAH DI HINA KAU TAK BERUBAH

C/O

KAU MENGUASAI SELAUTAN YANG TERSEMBUNYI DI GENGGAMAN
NAFI DAN ISBAT KAU SANDINGKAN SEBAGAI TALI PEGANGAN ...

SUFI KAU HILANG DI PANDANGAN ADA DI DALAM KENIKMATAN
ENGKAU DAN DIA  PASTI TIDAK AKAN TERPISAH ...
ANDAI TERTUTUP TIRAI SUFI YANG TERANG TIDAK NAMPAK TERANG
INILAH SIKSA MENYAKITKAN SEPANJANG JALAN

INGIN KU TEMPUH TITIANMU DARI KEKASIH KE KEKASIH
PENGABDIANKU BERSAMAMU KASIH
BIAR REBAH DI HINA KAU TAK BERUBAH


  
7. SELAMBA  4:33
LAGU: DAMASUTRA / AN (FONGUN MUSICAL SDN BHD)
LIRIK: SANI SUDIN (PUSTAKA MUZIK EMI (M) SDN BHD)


HEI ... ESOK LUSA MANAKAH ARAHMU
KEMANA LAGI AGAKNYA KAU KAN PERGI
ATAU MASIH LAGI KAU MAHU DI SITU
HANYALAH ENGKAU SEORANG YANG MENGERTI

DAN MENGERTI  ... YANG MENGERTI
HANYA ENGKAU  ... YANG KAN MENGERTI

HEI ... APAKAH ENGKAU KAN TERUS BEGINI
ESOK LUSA DAN HARI-HARI BEGITU
DAN BERKATA TANPA DI MENGERTI
BILA DITANYA ENGKAUPUN MULA MEMBISU
MEMBISU .... SELAMBAMU
SELAMBANYA ... KU TAK MENGERTI

JANGAN PAYAHKAN AKU YANG MENANTI JAWAPAN
DARI KAU YANG MENGERTI DI SINI AKU MASIH
MENANTI DAN MENANTI
DALAM JEMU YANG JEMU PENUH SENDU ...



8. KEKASIH GUA YANG BARU 4:46
LAGU: AWANG BPR (PUSTAKA MUZIK EMI (M) SDN BHD)
LIRIK: LOLOQ (LUNCAI EMAS SDN BHD)


KALAU BRADER BETUL NAK TAHU
PASAL APA CUACA TAK MENDUNG GUA BOLEH BORING
GUAPUN SUKA NAK KASI LU TAHU
TAPI PAI SEHIKAN BRADER TERLAMPAU UNDERSTANDING

HATI TERGERAK MAHU
CUCI KAKI TANGAN DAN CUCI KEPALA
MACAM ORANG DULU-DULU
HIDUP BERBINI DAN BERANAK MACAM TANGGA

KORUS

MEMANG BENAR NASIB TERSURAT
PUAS MENCARI KE GUNUNG
AKHIRNYA KETEMU DI LEMBAH ...
YANG BULAT DATANG BERGOLEK
BAK INTAN PUJAAN HATI TAK DI SANGKA SANGKA

INSAN YANG ISTIMEWA
YANG SAMA KITA SAMA MENYAYANGI
DENGAN SELURUH JIWA TAKDE SAMA MELEPEK
BANYAK SAMA DI BAGI ONE FAMILY ...
HARAP LU TAK MARAH KALAU GUA KASIH TAHU
KEKASIH GUA YANG BARU SEBENARNYA ADALAH ADIK LU



9. PILIHAN KITA BERBEZA  4:40
LAGU: AWANG BPR (PUSTAKA MUZIK EMI (M) SDN BHD)
LIRIK: ROSLI ALI (DUNIA MUZIK WEA)


UII UII YEHH HEY II JANGAN HANYA PANDAI
MENCACI DAN MENGHINA KITA SEMUA SAMA SAJA
CUMA WATAK KITA CITA RASA BERBEZA
TAPI JALANNYA TETAP SAMA

KAU DENGAN CARA LAMA WARISAN ORANG TUA
BISA MENGULIT JIWA
AKU DENGAN CARA AKU IRAMA YANG TERBARU
IKUT LANGKAH DETIK DAN WAKTU
HEY ... HEY ... HEY ... ROCK PILIHANKU

KORUS

HEY ... ROCK DIDALAM LAGU
BUKAN ROCK BERJEREBU
MENJADI RATU MALAM MINGGU
SALAHKAH DIRIKU DENGAN MUZIK TERBARU
MENUJU KE ARAH YANG MAJU

KALAU ASYIK DISITU MENUNGGU SAMPAI KAKU
KITA SEMUA TAKKAN MAJU
BUKAN AKU  MENGHINA BUDAYA ORANGTUA
KERANA CITA RASA BERBEZA
HEY HEY HEY ROCK

ROCK YOU (3*) ROCK PILIHANKU
PILIHAN KITA BERBEZA HEY HEY ROCK



10. KURNIA  5:41
LAGU: ALOK (FONGUN MUSICAL SDN BHD)
LIRIK: ARAB (DUNIA MUZIK WEA)


BEGITU HANGAT MENTARI YANG MEMBAKAR HARI
TITIS KERINGAT YANG JATUH MEMBASAHI BUMI
MENGINGATKAN AKU PADA BAHANG GELORA
MINDA JUGA NURANI MENJERITLAH BATHIN
SESAK DI PERSIMPANGAN KUSUT DAN PERIT

ASYIKNYA KU MENARI RONGGENG TARIANKU
DALAM CANGGUNG IRAMA HEBAT PESONA

BETAPA SUMBANG LANGKAH YANG KECUNDANG
DIRI KEGELISAHAN
WALAU KETEMU KINI DI BELENGGU GERHANA ...

C/O

LANTAS MENANGIS SI PENARI MENYESALI
HILANGNYA DIRI DI IRAMA SEPI
LALU TERSINGKAP TABIR MATA
OH HADIRNYA  ... NIRWANA

SANG MENTARI MENYEPI GELORA PUN MEREDA
DAN IRAMA MENGERTI KINI BERLAGU RIANG
TAKKAN BERPALING LAGI MENGENAG KISAH SILAM
SANUBARIKU MENANGIS
KERANA GEMBIRA  ... KURNIA



P & C 1993 SINAR MUZIK PRODUCTION


DAMASUTRA :
FORMAT ALBUM KURNIA 1993
 
BAGGIO - VOCAL
ALOK - GITAR / PIANO / ACOUSTIC
ASU - DRUM / PERCUSSION
AN - BASS / GITAR


TRACKLIST DAMASUTRA SERIBU BAYANGAN EDARAN INDONESIA DISTRIBUTOR AKURAMA RECORDS

ALBUM KE 3 DAMASUTRA SERIBU BAYANGAN 1995,  DIMALAYSIA DIKENALI DENGAN LABEL DAMASUTRA ALBUM KURNIA 1993..'


Tidak ada komentar:

Posting Komentar