NEW BOYZ (2001) - WIRAMA (
MP3 + LIRIK)
1. LUKAMU LUKAKU JUA
Tali yang cumalah sejengkal
Tak dapat kuhulurkan kepadamu
Cukuplah sekadar ku bertanya
Salahkah aku memikirkannya
Di kala kau dilanda duka
Aku datang bersama keikhlasan
Bukan terselit niat serong padamu
Balasannya juga ku terima
Dosa pun akan berlipat ganda
Jika ku tersalah pembawakan
( 1 )
Banyak sudah yang aku perhatikan
Ada yang tersembunyi di sebalik janji
Dan di mana adanya kemanisan
Di situlah ramai yang bertandang
( korus )
Lukamu lukaku jua
Terhiris tak nampak mata
Sedihmu sedihku jua
Menusuk dalam jiwa
Lukamu lukaku jua
Tak sanggup ku melihatnya
Pedihmu pedihku jua
Biarlah ku bersama
( ulang 1, korus )(2X)
Sejarah yang sering mengganggu
Biar berlalu tak usahlah dikenang
Seandai dikenang menyakitkan
Jikalau dibiar berpanjangan
Dan terbatas jua tiap bicara
2. YE IYE IYE IYO
Ye iye iye iyo
Jangan pula nak garu kepala
Ye iye iye iyo
Jangan pula nak salah sesiapa
Fikir nak senang tak mahu susah
Sendiri salah yang memilihnya
Woo, oo, oo
Ye iye iye iyo
Sekarang nak buat macam mana
Ye iye iye iyo
Dah terngadah baru padan muka
Kata-kata kawan ambil dingin saja
Fikir-fikirkan apa sudahnya
Woo, oo, ye
( korus )
Cakap salah tak cakap salah
Keras kepala
Padan muka hey padan muka
Peduli apa
Cakap salah tak cakap salah
Dia-dia kita-kita
Padan muka hey padan muka
Nak sesal tak guna
Oo, oo
Ye iye iye iyo
Tutup mulut jangan tanya-tanya
Ye iye iye iyo
Tutup mata faham-faham sajalah
Fikir dahulu baru cerita
Hati kawan-kawan perlu dijaga
Yee, yee
Ye iye iye iyo
Sekarang nak buat macam mana
Ye iye iye iyo
Dah terngadah baru padan muka
Kata kawan-kawan ambil dingin saja
Fikir-fikirkan apa sudahnya
Woo, oo, oo
Ye iye iye iyo
Ye iye iye iyo
Ye iye iye iyo
Ye iye iye iyo
3. KEJORA
Sukarnya untuk kucari ganti
Sekian lama seiring bersama
Mana mungkin dapat kulupakan
Segala memori menjadi
Taman hati kita
( 2 )
Pahit dan gentir telah dirasa
Jatuh dan bangun tidak terkira
Mana mungkin bisa kusisihkan
Biarpun kau relakan
Perpisahan ini
( 3 )
Sementara ini
Aku bagai terpenjara
Meronta kelemasan
Melontar kesakitan
Meminta kebebasan
Ke sisimu
( 4 )
Duhai kekasih
Duhai sayangku
Tanpa mu siapalah diriku
Selama ini kau inspirasi
Membakar jiwaku seadanya
( 5 )
Duhai kekasih
Duhai sayangku
Pergimu tiadalah pengganti
Ke sana sini terasa sepi
Duniaku hilang seri
Ba…gaikan rembulan
Tiada sang kejora
( ulang 3, 4, 5 & 2 )
Biarpun kau relakan
Perpisahan ini ( 2X )
4. APA KAU MAHU
(1 )
Mahu saja aku berada
Engkau pun ada
Apa saja yang aku kata
Engkau percaya
Bikin ku pening kepala
Sampai ku tak tentu hala
Oh… Oh… Yeah…
( 2 )
Apa saja yang aku buat
Serba tak kena
Kau ada di mana sahaja
Rimas jadinya
Kau batu keras kepala
Sampai aku naik gila
( korus )
Nak menjerit tekak perit
Hilang akal hati sakit
Haru biru otak sempit
Kau semacam oh… penyakit
Ikut hati hendak lari
Mana pergi engkau cari
Tak tau diam sakit hati
Mata lebam takut nanti
Apa yang kau mahu
Kucuba melarikan diri
Tapi kau tak serik-serik lagi
Usah kau mengejar diriku ini
( ulang 2 & korus )
Apa yang kau mahu
Aku pun tak tahu
Aku dah berbulu
Kau buat macam tu
5. BUKAKAN HATI LEMBUTKAN JIWA
Dalam resah titis hujan melenyapkan
Tawa riang yang berharga bersamamu
Sesalanku kini tiada berguna
Apa yang aku termampu hanya berdoa
Di wajahmu berkaca seri kecewa
Mengapa tak kuhiraukan dan sedari
Tersentak ku kini ku kehilanganmu
Tatkala masih lagi kucintai
( 1 )
Kau pergi jua demi mengubat hatimu
Lari dari perbuatanku menyakitkan
Tak mungkin dapat ku sembunyikan kesepian
Kini takdir yang menentukan
Ku terima balasan
( korus )
Rindu sampaikan bisik hati ini
Di sanubarinya cintaku yang bertahta
Bukakan hatinya lembutkanlah jiwa
Kembali kepadaku selamanya
( ulang 1 & korus )
6. KEPUNCAK IMPIAN
( Tomok )
Sambutlah salamku ini sebagai
Teman mu
Kita bisa seiringan
Berganding bahu
( Jay )
Jangan disia-siakan segala
Impianmu
Pastikan kejayaan itu
Di genggamanmu
( korus )
( Lan )
Kita rempuh bersama oh…oh…
Segala dugaan
Jangan ada di hatimu
Rasa kebencian
( Tomok )
Kita tempuh segala cabaran
Yang mendatang
Kuatkan semangat di jiwa
Mengharung gelombang
( 1 )
( Tomok )
Jangan kau terleka
Nikmatnya dunia
Kelak kau merana
Kerna ketinggalan
Teruskan usaha sehingga kau
Berjaya…berjaya…berjaya
( ulang korus )
Mendaki harapan
Ke puncak impian… Oh…
Kita bersama… Oh… ( 2X )
Terus berjaya… Oh… ( 2X )
( ulang 1 )
7. SARENA CINTAKU
Di mataku bayang wajahmu datang menyapa
Di hatiku rindu padamu tiada noktahnya
Andai dulu kau nyatakannya aku terima pasti
Namun apalah dayaku cintamu telah berlalu
Kesalnya rasa jiwa
Kesalnya tak terhingga
Kesalnya ku tak mengerti maksudmu
Ingin kuulang semula
Ingin kuselami jiwa
Ingin ku menatang cintamu dulu
Tiada aku menyangka perasaanmu terhadap ku
Tiada aku menduga rupanya aku engkau sayangi
Andainya aku mengerti maksud bahasa cintamu itu
Ku pasti cinta kita abadi selamanya
Sarena… ku cinta
Dapatkah kumiliki
Oh bulan oh bintang
Aku masih di sini
Sarena… kucinta
Hanya kau yang kumahu
Oh bulan oh bintang
Hanya kau yang kurindu
Ingin kuulang semula
Ingin kuselami jiwa
Ingin ku menatang cintamu dulu
Tiada aku menyangka perasaanmu terhadap ku
Tiada aku menduga rupanya aku engkau sayangi
Andainya aku mengerti maksud bahasa cintamu itu
Kupasti cinta kita abadi selamanya
Mengapakah perasaan cintamu tiada suara
Mengapakah perasaan rindumu tiada bayangnya
Kerana semua ini kesepian melanda jiwa
Mungkin suatu hari kau kan jadi milikku
Sarena… kucinta
Dapatkah kumiliki
Oh bulan oh bintang
Aku masih di sini
Sarena… kucinta
Hanya kau yang kumahu
Oh bulan oh bintang
Hanya kau yang kurindu
8. SAHABATKU
Biarkanlah berlalu
Jika itu sudah jadi pilihanmu
Aku tak menahan
Menadah pengharapan
Demi sebuah perjalanan
Pasti engkau yang mengerti
( 2 )
Ada pengharapan
Ada perjalanan lagi
Ada perjuangan
Ada kejayaan pasti
( 3 )
Kini mungkin bahagia
Jangan kau lupa tak akan
Selamanya hidup ini indah
Tetapi percayalah
Masih ada lagi jalan yang
Cerah jangan kau terngadah
( 4 )
Ada pengharapan
Ada perjalanan lagi
Ada perjuangan
Ada kejayaan pasti
( korus )
Apa terjadi biar berlalu
Demi kerana kau
Sahabatku… wo wo…
Ku mendoakan engkau bahagia
Demi kerana kau
Sahabatku… oh oh
( ulang 3, 4, & korus )
9. KERINDUAN
Tak kubayangkan cinta seindah ini
Waktu dan tika ia bermula
Hanya ku rasa perasaan gementar
Ingin mengerti kau maksudnya
Di dalam jiwa tiba gelisah
Ketika kita bertentang mata
Maka kukenal istilah cinta
Mengisi ruang sudut hatiku
Bisa asmara
Datang mencengkam
Meronta-ronta
Kerinduan
( korus )
Sinar cintamu itu
Gemerlapan
Bagai sinar kejora menyala
Penantian ini pasti satu seksaan
Ketika dalam kegersangan
Andainya dapat engkau turut rasakan
Betapa cinta ku membara
Ditemani ombak sepi
Layar mimpi
Inginkan bertemu
Hari-hari kulalui
Mengharap mahligai terindah
Menunggu
Mengharap yang terindah
10. SEKUPANG DUA
Bila dan dimana entah sampai
Bila… entah ke mana
Hala dan tujuan meneroka segala
Kehidupan
Sekupang dua pun jadilah
Penyambung nyawa
Sekupang dua ( 2X )
Hina dan cacian sudah lali
Sudah biasa
Bukannya paksaan keikhlasan dah
Mencukupi
Sekupang dua pun jadilah
Penyambung nyawa
Sekupang dua ( 2X )
( 1 )
Janganlah dia dihina mencari
Setitis air
Mengharap pada siapa?
( korus )
Sekupang dua pun jadilah untuk
Bekalannya
Oh percaya… percayalah lorong
Yang cerah untuknya
Sekupang dua pun jadikan
Makanannya
Disana nanti tempatnya kekal abadi
Pasti
( ulang 1 & korus )
Tidak ada komentar:
Posting Komentar